Hotel Dorsett Putrajaya ‘sold out’ 31 Ogos 2026 | The Reporter

Hotel Dorsett Putrajaya ‘sold out’ 31 Ogos 2026

Hotel Dorsett Putrajaya habis ditempah 31 Ogos 2026.
Gambar: Klook Travel

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos tahun depan dijangka berlangsung meriah apabila bilik di Hotel Dorsett Putrajaya dan Kuala Lumpur dilaporkan sudah habis ditempah untuk tarikh berkenaan.

Difahamkan, hotel seperti Dorsett Putrajaya menjadi pilihan utama kerana lokasinya yang strategik dan menawarkan pemandangan jelas ke arah Dataran Putrajaya, lokasi rasmi perbarisan dan persembahan udara sempena sambutan kemerdekaan.

Menerusi hantaran Thread, orang ramai mula membuat tempahan sejak awal tahun ini kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan persembahan udara secara langsung dari bilik dan balkoni hotel tersebut.

Baca juga:
@breakfastandrain

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Goosebumps. Wishlist layan jet & rooftop pool, checked ✅ @Dorsett Putrajaya #merdeka #merdeka2025

♬ sonido original – Dark Day

Fenomena ini sekali gus mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang semakin teruja untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, bukan sahaja dengan menghadiri acara rasmi, malah turut menjadikan ia pengalaman keluarga dan percutian patriotik.

Terdahulu, sambutan Hari Kebangsaan 2025 meriah dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya.

Rata-rata pengunjung hadir seawal pagi bagi tidak melepaskan peluang merakam detik bersejarah itu. Malah, ada yang sanggup berkampung sejak sehari sebelumnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mendapatkan tempat duduk lebih dekat dengan acara perbarisan.

Related Posts