Honda Nyatakan Sokongan Terhadap Komuniti LGBT - The Reporter

Honda Nyatakan Sokongan Terhadap Komuniti LGBT

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Honda antarabangsa telah memuat naik posting yang menyatakan sokongan terhadap komuniti Lesbian Gay Biseksual and Transgender (LGBT) pada 18 Jun lalu. 
“Pada Honda, kami menghargai kepelbagaian dan penyertaan semua pihak. Sokongan kami terhadap komuniti LGT adalah mencerminkan komitmen syarikat kami. Kami akan mengambil bahagian dalam Columbus Pride Parade 2016 hujung minggu ini. Columbus adalah rumah kepada banyak syarikat-syarikat bersekutu Honda. Honda dengan bangganya meraikan bulan kebanggaan LGBT dan persamaan untuk semua orang,” katanya. 
Kenyataan syarikat pengeluar jenama kereta antarabangsa itu mendapat 3,427 perkongsian di Facebook, mencetuskan kemarahan penggunakan Honda di Malaysia. 
“Is this support eans for all Honda? Including Islamic country? Just tell us that you don’t want money from muslim anymore and we will be fine! If you are saying LGBT’s market is bigger than Muslim, Catholic and Jewish, please suit yourself! There ara a lot of other choices than this unsensitive stupid kigyou!” kata Azlan Bekri. 
“I will never buy Honda and I will tell my family, my spouse, my children and grandchildren and my greatgrandchildren to never buy Honda!” kata Areena Zainal. 
Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa kenyataan itu hanya merupakan dasar Honda antarabangsa sahaja. Bukan melibatkan Honda di Malaysia. 
“Yang korang sibuk-sibuk di sini kenapa? Bukannya page Honda Malaysia, ini luar negara. Suka hati merekalah nak post apa. Jangan jadi kampungan dan memalukan negara boleh tak? Pergi balik!” kata Fy Zal. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!