Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kejadian yang menimpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin pada Isnin lalu menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo membidas perlantikan Mohamed Hanipa sebagai Timbalan Menteri yang didakwanya tidak layak kerana mengalami banyak masalah kesihatan.
“Saya seorang jururawat. Sememangnya kalau ada kes macam ni, perkara paling asas kami mahukan adalah ruang dan jangan ganggu kerja kami. Bayangkan kalau event dihentikan, ramai yang akan kerumun, belum lagi mata-mata manusia memerhati bersama kamera handphone di tangan. Semua ni adalah distractions besar dalam tugasan kami memberi bantuan kecemasan awal,” jelasnya.
“Kami tak mahu 10 orang mengelilingi kami. Kami hanya mahukan kawasan lapang untuk bekerja. Plus, yang mana cakap kenapa tak angkat letak atas pentas, unless anda adalah paramedik, please jangan pandai-pandai alihkan mangsa dari tempat kejadian. Berhenti komentar terhadap sesuatu yang bukan bidang anda kerana ianya hanya menampakkan betapa dangkalnya mentaliti serta kelemahan anda,” tulisnya.
“Adakah tuan ada di sana semasa YB Hanipa Maidin terjatuh? Adakah tuan tahu bahawa TPM Dr Wan Azizah, KSN Ali Hamsa dan menteri-menteri lain segera turun dari pentas bagi melihat keadaan YB Hanipa sejurus selepas kejadian berlaku?
“Hanya selepas petugas kesihatan tiba, barulah kesemua menteri naik semula atas pentas bagi meneruskan majlis. Itupun setelah petugas kesihatan berkata situasi dalam keadaan yang terkawal. Maaf, tuan tidak nampak sebegitu cerdik jika hanya pandai menilai sesuatu perkara berdasarkan persepsi yang sempit. Terima kasih dan semoga tuan dapat muhasabah diri,” tulisnya.








