'Hidup ni dik, perlu lawak' - Aliff Syukri mohon maaf, video gelek punggung sekadar hiburan - The Reporter

‘Hidup ni dik, perlu lawak’ – Aliff Syukri mohon maaf, video gelek punggung sekadar hiburan

Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf di atas perbuatannya menari tarian gelek punggung dengan pelakon Ifa Raziah baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Aliff, video itu hanya sekadar gurauan sahaja untuk menghiburkan pengikut masing-masing di media sosial.

“Saya minta maaflah kalau tarian itu menyebabkan anda marah. Hidup ni dik, perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun atau pegang-memegang, betul tak?” katanya seperti yang dilaporkan portal Xtra.

Aliff meminta orang ramai berfikir positif dan tidak mengambil terlalu serious mengenai video tersebut.

“Saya minta anda fikir positif sajalah. Lagipun video itu kami buat untuk TikTok sebenarnya. Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu.

“Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink. Kalau anda fikir negatif, maka negatiflah jadinya. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, Ifa Raziah juga tampil menjelaskan video tersebut hanya bertujuan menghiburkan rakyat Malaysia dan dia tidak terkesan dengan kecaman netizen kerana sudah lali dengan semua itu.

“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’. Kita nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: Xtra

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!