Masalah resdung adakalanya datang pada waktu yang tak kena menyebabkan rutin harian kita terjejas dan lebih teruk lagi jika ia berlaku setiap hari. Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.
Ada banyak cara dan kaedah untuk merawati masalah resdung sehingga ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk merawat masalah sinus ini. Pengguna Twitter @reenarazak, berkongsi tips merawat masalah resdung dengan beberapa produk yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai farmasi. Semoga bermanfaat.
TIPS untuk penghidap resdung dan hidung sering berair. Senang cerita, asyik bersin tanpa mengira masa dan di mana-mana. Apa yang saya buat untuk mengurangkan rasa tidak selesa apabila nak buat kerja dan aktiviti harian. Korang pun boleh kongsi sekali tips korang.