'Hentikan trend sambut hari lahir anak di kubur' - Dr Dzulbakri - The Reporter

‘Hentikan trend sambut hari lahir anak di kubur’ – Dr Dzulbakri

Gambar latar sekadar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Setiap kali berlaku kematian dalam keluarga, sudah pastinya perasan rindu itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Apatah lagi jika ibu bapa yang kehilangan anak. Walaupun reda dengan apa yang berlaku, perasaan sedih dan rindu tidak dapat ditangkis.

Bagi menghilangkan rasa rindu, ada ibu bapa yang selalu berkunjung ke pusara anak lebih-lebih lagi apabila tarikh kelahiran anaknya. Seolah menjadi trend, ada ibu bapa yang membawa kek ke kubur anak mereka seolah-olah meraikan hari tersebut bersama-sama.

Bagaimanapun, menurut bekas Menteri Hal Ehwal Agama dan juga Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim.

Selain itu antara sedekah lain, memberi makan kepada fakir miskin kerana kedua-duanya memberikan jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.

Ingatkan pada kematian

Beliau menegaskan bahawa, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.

“Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

“Kami telah bahaskan berkenaan pahala yang sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh. Mudah-mudahan tindakan yang kita lakukan ini, dipandu oleh syarak dan disluh oleh hadyu nabi dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam,” tulisnya.

Sumber:bukudrzulkifli

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!