'Hentikan Trend S-Line, jatuhkan maruah' – Ustazah Asma' Harun | The Reporter

‘Hentikan Trend S-Line, jatuhkan maruah’ – Ustazah Asma’ Harun

Trend S-Line yang dikatakan inspirasi dari drama Korea.
Trend S-Line yang dikatakan inspirasi dari drama Korea. Gambar: FB Ustazah Asma’ Harun.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal apabila melihat anak muda Muslim secara sengaja mempamerkan serta menormalisasikan maksiat di hadapan ribuan mata, seolah-olah ia hanya hiburan semata-mata.

Beliau menyifatkan trend tular iaitu S-Line sebagai menjatuhkan maruah dan membuka aib sendiri secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.

“Trend S-Line bukan sekadar gurauan, tapi ia adalah fitnah akhir zaman.

“Menggigil baca… Anak-anak Muslim kita dengan sengaja melondehkan aib sendiri di hadapan ribuan mata,” luahnya dalam hantaran di Facebook.

Trend yang diinspirasikan daripada drama Korea ini memaparkan ‘garis merah’ di atas kepala sebagai simbolik bilangan pasangan intim seseorang. Ia bukan sahaja ditiru secara terbuka, malah disunting sendiri dengan bangga seolah-olah mendedahkan kisah silam yang patutnya disimpan rapi.

Baca juga:
Penzahiran dosa

Beliau turut mengingatkan bahawa dosa yang dahulunya disembunyikan kini bukan sahaja ditayang, malah dijadikan bahan hiburan dan ditiru ramai, dengan alasan “ikut trend”.

“Apa yang patut disesali dalam doa dan taubat, kini dijadikan bahan hiburan di skrin,” katanya lagi.

Memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr, Ustazah Asma’ mengingatkan bahawa inilah tipu daya Iblis yang memperelokkan maksiat di mata manusia, kecuali kepada hamba yang ikhlas.

Beliau turut menyeru ibu bapa,pendidik dan masyarakat agar memantau penggunaan media sosial dalam kalangan remaja, serta memberikan bimbingan yang berterusan agar mereka tidak hanyut dalam arus hiburan yang merosakkan akhlak.

“Trend ini bukan lucu, ia adalah penzahiran dosa zina yang dimuliakan syaitan dan ditertawakan dunia,” katanya.

Beliau menggesa agar trend S-Line ini dihentikan serta-merta kerana ia bukan sahaja membuka aib, malah menggugat maruah serta mengundang murka Allah.

“Allah telah menutup aib kita dengan kasih-Nya. Maka jangan sesekali kita sendiri yang membukanya kembali hanya kerana satu trend yang sia-sia. Na‘uzubillahi min dzalik,” tegas beliau.

Related Posts