‘Hello ## Mart Gelang Patah baik tutup je, pekerja korang pun menyombong’ - Alyah | The Reporter

‘Hello ## Mart Gelang Patah baik tutup je, pekerja korang pun menyombong’ – Alyah

Sumber gambar: Instagram Alyah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Alyah, hari ini meluahkan rasa tidak puas hatinya di akaun Instagram berhubung situasi tidak menyenangkan ketika berbelanja di sebuah kedai runcit di Gelang Patah, Johor.

“Bila kau pergi kedai ## Mart Gelang Patah, then depa kata tak ada plastic. Habis yang aku beli barang ceretet-ceretet ni nak bawak macam mana ya?

“Baik kau jangan buka kedai, kalau dah plastic bag pun tak ada. Kata cashier yang menyombong tu, dah setahun tak ada plastic bag. Aii, buat naik angin aku ja hari ni,” katanya

“Dah lah plastic bag tak ada. Aku beli ice cream mangkuk tak ada sudu. Bila minta sudu, dia bagi satu mangkuk chopstick supaya aku sepit kepala dia ke apa?” luah Alyah.

Menurut Alyah, dia diminta untuk mencari sendiri sudu untuk ice cream yang dibelinya. Namun, apabila dia memberitahu pekerja kedai bahawa tidak ada sudu, pekerja tersebut hanya menjawab dengan sikap acuh tak acuh, ‘Sudu sudah habis’.

“Dah tahu sudu ice cream dah habis, yang kau jual tu kenapa? Kau ingat semua orang makan ice cream ni makan kat rumah ke apa? Bila kita naik angin kat dia, senang je jawab manager kata jangan layan,” katanya.

Alyah turut berasa tidak puas hati dengan sikap pekerja kedai terbabit yang sombong.

“Pekerja korang pun menyombong, macam kita minta duit dia pula. Walhal kita yang bagi duit kat diorang,” katanya.

Tinjauan di ruang komen, netizen memaklumkan sudah lama kedai runcit berkenaan tidak membekalkan plastik kepada pelanggan bagi menyokong kempen tanpa plastik.

Netizen turut mengadu sikap pekerja

Namun netizen bersetuju dengan Alyah bahawa sikap para pekerja kedai runcit itu perlu diambil tindakan.

“Pasal plastik itu memang dah lama tak ada. Tapi pasal manner pekerja tu sokong sangat-sangat. Sebab rata-rata staff macam tak ada manner.

“Belum bab kotak-kotak, barang-barang takkemas dekat shelf lagi. Sampai kita nak jalan pun tak boleh. Pihak pengurusan perlu take note on this!” kata netizen.

Selain itu, ada yang mendakwa pekerja kedai runcit berkenaan gemar berbual dengan rakan sekerja di depan pelanggan.

“Perangai staff ida suka berborak-borak kat kaunter dengan sesama dia gelak kuat-kuat sambil scan barang customer. Pastu nak senyum pun susah. Sombong kadang-kadang, kita ni customer kot membeli barang, bukan minta melutut pun. Sekurang-kurangnya cakaplah terima kasih,” tambah netizen lain.

Related Posts