Tersentuh melihat kebaikan seorang pemandu teksi di Indonesia ini yang viral di media sosial baru-baru ini. Meskipun tugasnya hanya membawa empat pelancong Malaysia di Jogjakarta, namun beliau tidak senang duduk apabila mereka menghadapi masalah untuk pulang ke Malaysia.
Lelaki berumur dan berbaju hitam itu ialah Pak Agus. Kalau ada member-member yang nak pergi ke Jogjakarta, bolehlah menghubungi Pak Agus. Sumpah, dia memang cool gila!
Ceritanya, kami perlu naik flight dari Jogja – Jakarta – Malaysia. Tetapi malang sekali flight kitorang delay sehari atas sebab faktor cuaca. Kitorang tak boleh pergi ke Jakarta untuk pulang ke Malaysia.
Lalu Pak Agus bertungkus lumus mencari teksi, tiket kereta api dan bas. Pak Agus sanggup tidur di lobby sebab nak tolong kitorang. Kami tak nak menyusahkan dia untuk menghantar kami ke Jakarta sebab perjalanan memandu dari Jogja – Jakarta mengambil masa 12 jam. Dia pergi balik saja dah 24 jam.
Solution dia, kitorang beli saja tiket flight yang baru.
Semasa dia tidur di lobby, kami cakap, “Bapak pulang aja dulu,”
“Hati aku nggak senang selagi kamu tidak bisa pulang ke Malaysia,” balasnya. – Wan Mohd Nazri | PIXEL MEDIA