Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketika PKP dilaksanakan, ramai yang terkesan dengan langkah
tersebut. Walaupun tidak boleh bergerak ke sana, ke sini, banyak perkara yang
positif dapat diambil. Ujian yang diberikan juga adakalanya diturunkan untuk membuatkan
kita berfikir dan tidak alpa untuk kembali mendekatkan diri kepada Sang
Pencipta.
Gambaran situasi tersebut juga dikongsikan oleh Nabil Ahmad kepada
seorang penyanyi iaitu Ariff Bahran sewaktu ditemubual dalam slot Carta ERA.
Perkongsian
oleh Nabil juga dimuat naik oleh Ariff Bahran ke dalam Twitter dan mendapat reaksi
positif netizen. Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diperkatakan
oleh Nabil dengan melihat situasi sekarang.
Perkongsian tersebut juga telah menarik perhatian seorang
pendakwah iaitu Da’i Wan yang juga telah berterima kasih kepada Nabil dan Ariff
di atas peringatan tersebut.
“YANG kita lalu ini sama zaman Nabi Musa. Keluar dari
Firaun, diorang dah selamat diorang pergi sembah lembu. Itulah kita. Masa Firaun,
Nabi Musa datang diorang beriman dengan Nabi Musa, beriman dengan Allah.
“Tapi bila
dah keluar berjaya lepas laut, Nabi Musa dah tak ada, diorang dah tak beriman. Diorang
sembah lembu balik. Itulah kita sekarang ni. Hari tu kita semua solat beriman,
hari-hari tengok ceramah agama, mengaji tapi tengok sekarang ni, dah tak ada.
“Sekarang ini semua sibuk. Kalau jumpa 10 orang, lapan orang
akan cakap berniaga lagi bagus. Aku jumpa orang cakap duit sekarang lebih bagus
dari dulu. Pergi kedai motor, motor habis.
Pergi kedai kereta, kereta habis. Aku tak tipu. Semua orang cakap bisnes lagi
gila sekarang ni.
“Jadi, maksudnya apa? Kalau kita tak sedar juga, tak tahulah.
Orang cakap ekonomi kita bertambah bagus tetapi tidak. Ujian Allah bertambah. Tiada
apa yang lebih baik selepas ini (tersirat).
“Orang nampak luaran bagus, tetapi sebenarnya di dalam kita
kehilangan sesuatu. Hari Jumaat, masjid makin lama makin tak ada orang. Dah tak ada orang
beratur. Mula-mula hari tu, beratur kat depan masjid nak masuk. Allah nak
tengok usaha kita, dapat masuk atau tidak, itu cerita lain.
“Tapi datang masjid
tu dulu. Pelik. Orang dah makin tak ada. Kenapa orang dah tak nak usaha ke? Kita
kena ingat, main-main juga,” kata Nabil.
Sumber: Ariff B








