Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Harga emas berpotensi melonjak sekitar 10 peratus pada September, dipacu jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah.
Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Seri Louis Ng, berkata langkah itu akan mengurangkan jurang kadar faedah antara dolar Amerika Syarikat (AS) dan ringgit, sekali gus merangsang permintaan logam berharga itu.
Baca juga:
- ‘KL Gangster akan kuasai pilihan raya Datuk Bandar KL?’ – Puad Zarkashi
- Pemuda UMNO tolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL
- ‘Hajah Asmah telah kembali ke rahmatullah’- Dr Na’im
Harga semasa & lonjakan tahun ini
Ketika ini, harga emas berada sekitar US$3,370 seauns, meningkat 28 peratus daripada US$2,630 pada awal tahun. Lonjakan itu sebahagian besarnya dipacu ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran.
Ng menjangkakan harga akan melonjak selepas pengumuman potongan kadar faedah Fed, dengan kenaikan dianggarkan antara US$300 hingga US$400 seauns.
Faktor geopolitik mula reda
Mengulas kesan konflik Rusia-Ukraine, ketegangan AS–Israel–Iran serta perang perdagangan AS–China, Ng berkata momentum daripada faktor tersebut kini mula reda. Sebaliknya, pemotongan kadar faedah oleh Fed dijangka menjadi pemacu utama kenaikan harga emas dalam tempoh terdekat.
Sumber: Malaysia Gazette








