'Hanya yang alert je faham kenapa ibu bapa gembira bila anak cemerlang UPKK' | The Reporter

‘Hanya yang alert je faham kenapa ibu bapa gembira bila anak cemerlang UPKK’

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) adalah ujian penilaian yang diadakan untuk murid-murid kelas Kafa di Malaysia. UPKK melibatkan subjek-subjek agama dan ia menjadi penting kerana ia membantu dalam pembentukan asas kefahaman agama dalam kalangan pelajar.

Namun, ada individu yang memperlekehkan UPKK dengan berkata, “UPKK je pun. Kecoh 1 Malaysia, bukan UPSR atau SPM”. Ini menunjukkan kurang penghargaan terhadap kepentingan subjek agama dalam pendidikan.

Seorang pengguna Facebook bernama Nurul Adilah Mohd Fatlilah menjelaskan mengapa ibu bapa gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dalam subjek agama tidak sepatutnya diperlekehkan.

Menurut beliau, kecemerlangan dalam subjek akademik tanpa dibentengi kefahaman agama boleh menjadikan agama nampak tidak relevan berbanding kemajuan negara.

“UPKK ini ujian penilaian subjek-subjek agama. Hanya yang alert sahaja faham kenapa gembiranya Ibubapa bila anak cemerlang subjek agama,” katanya.

Beliau juga menekankan, apa yang diajar dalam subjek UPKK adalah asas atau simen Pengajian Islam.

Kelebihannya adalah membantu pelajar memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Subjek-subjek dalamnya seperti Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI), Tilawah Al-Quran, Pelajaran Jawi dan Khat, Sirah, Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah), Adab (Akhlak Islamiah), dan Lughah Al-Quran adalah penting dalam membentuk karakter dan akhlak pelajar.

“Tahniah semua anak-anak yang dapat result UPKK baru-baru ini. Teruskan usaha. Apa yang anakanda belajar itu bukan terhenti di garisan UPKK. Tapi digalas dan diamal sehingga maut menjemput nyawa,” katanya.

Related Posts