'Hantar anak ke sekolah kerajaan, lebih jimat' - Nad Zainal - The Reporter

‘Hantar anak ke sekolah kerajaan, lebih jimat’ – Nad Zainal

Nad Zainal sekolah kerajaan jimat
Foto: Tiktok Nad Zainal

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Nad Zainal baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila berkongsi pendapatnya mengenai pemilihan sekolah untuk anak-anak.

Menerusi hantaran di akaun TikTok, Nad mendedahkan ramai yang bertanya kepadanya kenapa tidak memilih sekolah swasta untuk anaknya.

Menurut isteri kepada pelakon Ungku Ismail ini berkata, keputusan menghantar anak ke sekolah kerajaan adalah kerana lebih menjimatkan dan praktikal. Baginya, didikan dan disiplin seseorang anak tidak hanya bergantung pada sekolah, tetapi bermula di rumah.

“Ramai tanya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Jawapannya mudah, lebih jimat. Saya percaya tak kira sekolah mana pun, didikan dan disiplin itu bermula dari rumah. Ini pun pendapat tambahan dari Ungku Ismail,” kata pelakon berusia 35 tahun itu.

Nad turut menekankan bahawa pemilihan sekolah haruslah mengikut kemampuan ibu bapa masing-masing. Baginya, kejayaan seseorang tidak semestinya bergantung pada status sekolah yang dipilih.

“Yang penting, ikut kemampuan. Ramai saja yang berjaya di luar sana hasil pendidikan sekolah kerajaan,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata bersetuju dengan pandangan Nad, malah ada yang berkongsi pengalaman mereka berjaya walaupun hanya belajar di sekolah kerajaan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!