Siapa dah tonton filem Train To Busan? Memang tak membosankanlah! Mana tidaknya, hero semua mati (jarang berlaku). Kesemua hero mati disebabkan oleh watak lelaki ini, Yong-suk, lakonan Eui-sung Kim, yang banyak menjadi punca kepada segala masalah dalam filem tersebut.
Kemarahan penonton itu terbawa-bawa sehingga seorang lelaki terpaksa meluahkan amarahnya itu di Facebook.
Filem Train To Busan kini sedang trending di Malaysia. Filem ini mendapat rating 8/10 di laman iMDB sejak ditayangkan 20 Julai lalu di Korea Selatan. Selain itu, poster-poster filem ini juga pernah digunakan untuk menggambarkan situasi perkhidmatan tren di negara ini yang tergendala beberapa hari minggu lalu sehingga menyebabkan penumpangnya terpaksa berjalan kaki di landasan.
Apa-apa pun, watak Sang Hwa, lakonan Dong-seok Ma, memang hebat! Sehebat beliau makan drumstick ayam dalam masa 2 saat. Hahaha! – The Reporter