Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BESAR harapan setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak berjaya di dalam kehidupan. Ada ibu bapa yang sanggup berbelanja besar untuk anak-anak demi memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang sempurna. Lantaran itu, segalanya diserahkan kepada tenaga pengajar untuk membimbing anak-anak mereka.
Difahamkan ustaz tersebut berasal dari negara Bangladesh.
“Telah menjadi amalan pusat tahfiz ini merotan pelajar. Seorang ustaz warga Bangladesh mengajar anak-anak sekolah rendah hampir setiap hari memukul, tampar muka, tarik telinga dan cubit. Pelajar tahun 1 yang kecil itu juga dipukulnya sehingga menangis.
“Ada seorang pelajar OKU baru tahun 4 tetapi dianugerah oleh Allah telah hafaz 30 juz Quran dan sering ditonjolkan pada pelawat. Walaupun nampak normal namun pelajar ini sebenarnya tidaklah seperti pelajar lain dan sangat menyedihkan apabila dia ditampar hanya semata-mata terlupa bersalam dengan pelawat.
“Ustaz ini juga minta duit dari beberapa pelajar, kadang-kadang minta dibelikan air dan siap pesan jangan beritahu ibubapa. Untuk tujuan ini ada pelajar yang ditugaskan kutip duit sebanyak RM3.00 seorang.
“Siasatan secara mengejut perlu diadakan, pelajar sekolah rendah dibawah kelolaannya wajar ditemuramah secara tertutup dan tindakan perlu diambil sebelum perkara ini menjadi lebih serius. Kesian kepada pelajar-pelajar yang masih kecil ini.” – Sumber








