Hajiji & isteri temui ibu Zara Qairina, kongsi rasa pilu | The Reporter

Hajiji & isteri temui ibu Zara Qairina, kongsi rasa pilu

Hajiji Haji Noor bersama isteri berbual dengan ibu Zara Qairina di kediaman rasmi, dalam suasana penuh emosi.
Hajiji & isteri temui ibu Zara Qairina di Sri Gaya, kongsi rasa pilu dan titip doa kekuatan buat keluarga arwah. | Kredit gambar: Facebook Ketua Menteri Sabah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, menzahirkan rasa sedih dan simpati atas pemergian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Zara Qairina binti Mahathir, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Hajiji berkata beliau dan isterinya, Datin Seri Juliah Salag, berkesempatan bertemu ibu arwah, Puan Noraidah binti Lamat, di kediaman rasmi Sri Gaya bagi menyampaikan ucapan takziah secara bersemuka.

“Tiada kata yang mampu menghapuskan luka seorang ibu yang kehilangan anak tercinta. Namun, dalam setiap pelukan dan genggaman tangan, terselit doa agar beliau diberikan kekuatan oleh Allah,” katanya.

Hajiji turut mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta mengharapkan siasatan kes dipermudahkan dan keadilan sewajarnya tercapai. Perkongsian itu diakhiri dengan doa dan tanda pagar #JusticeForZara serta #DoaUntukZara sebagai simbol sokongan kepada keluarga arwah.

Baca juga:

Bedah siasat sahkan punca kematian

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, mengesahkan bedah siasat mendapati Zara Qairina meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik teruk, selari dengan diagnosis awal.

Beliau berkata, pasukan petugas khas turut mengesan kelemahan serius dalam siasatan awal, termasuk kegagalan memohon bedah siasat mengikut prosedur. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai terbabit.

Kumar turut memaklumkan, ibu mangsa pada awalnya menandatangani surat persetujuan enggan bedah siasat, namun penolakan itu tidak mengecualikan pegawai penyiasat daripada mematuhi prosedur undang-undang.

Related Posts