Hadi Awang ramal Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat | The Reporter

Hadi Awang ramal Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang meramalkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat. 

Hadi berkata demikian ketika berucap di sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di Kuala Lumpur semalam. 

Bagaimanapun, Hadi tidak menyebut ramalan itu dibuatkan berdasarkan apa. 

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan. Insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya. 

Di Dewan Rakyat semalam, Hadi menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipersalahkan jika pentadbiran kerajaan runtuh sekali lagi. 

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya. 

Lapor MalaysiaKini, Hadi sebelum ini pernah berkata dirinya adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir ketika itu selepas 22 bulan memerintah. 

Jelas Hadi, ini sebagai tindak balas terhadap usaha pentadbiran PJH yang mengiktirafkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan memeterai Statut Rom dan cubaan menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai anti penindasan kaum (ICERD). 

Sumber: MalaysiaKini

Leave a Reply
Related Posts