'Habis aku kena marah semalam' - Damian Mikhail mohon maaf jika ada yang tersalah tafsir gurauannya | The Reporter

‘Habis aku kena marah semalam’ – Damian Mikhail mohon maaf jika ada yang tersalah tafsir gurauannya

Penyanyi dan penerbit muzik, Damian Mikhail, baru-baru ini membuat kenyataan di laman sosial berhubung isu produk milik pempengaruh Khairul Aming, Sambal Nyet Berapi, diciplak oleh peniaga lain, yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Dalam kenyataannya, Damian berkata, “Netizen marah gila Sambal Nyet Khairi tiru Khairul Aming. Tapi mereka puji McMing tiru prosperity McD. Semua Mekdono je. Amacam? Huhu..”. Tetapi ramai netizen mengecam kenyataan Damian.

Terpaling Aktivis

Menyedari reaksi negatif dari netizen, Damian memadamkan kenyataan tersebut di laman X dan tampil menjelaskan beliau hanya sekadar bergurau serta mencuit netizen.

“Assalamualaikum. Okay gais nak bagi kepala bebal sesetengah netizen ini faham. Aku tak pernah cakap, aku tak sokong pun mana-mana pihak yang ingin pertahankan hak mereka.

“Akulah antara orang industri yang lama dah aktif dan lantang bersuara melawan plagiat, ciplak dan paling menekankan soal fight untuk hakcipta dan hak milik artis atau mana-mana karya. Bak kata budak-budak sunat laser, ‘Terpaling Aktivis’.

“Tak pernah cakap pun Khairul Aming salah di dalam mana-mana situasi tersebut. Aku sokong dia ambil tindakan kerana ada locust standi dalam kes ini. Kalau dah ada register trademark, maka lagilah dia boleh teruskan tindakan saman.

“Aku juga tahu bezakan situasi adalah berbeza tapi melibatkan Intellectual property (IP). Resepi IP. Aku tak sebodoh orang-orang yang tak reti nak baca dan hadam post cuit jenaka simple ini. Semua benda pun nak emosi,” katanya.

Tegas Damian, beliau menghormati Khairul Aming dan pernah memuji pempengaruh itu dalam hantarannya di Instagram. Malah, isterinya turut mengikuti resepi dan konten pempengaruh berkenaan.

Damian mohon maaf

Walau bagaimanapun, Damian berharap penjelasannya itu dapat meredakan keadaan dan beliau memohon maaf sekiranya ada yang tersalah tafsir kenyataannya tempoh hari.

“Dengan ini, aku nak tutup tahun 2023 dengan cara yang baik. Mohon maaf andai ada yang salah tafsir posting saya tempoh hari.

“Korang bikin panas, komen-komen hentam aku, tak ada hal. Bini aku pun support Khairul Aming. Habis aku kena marah semalam,” ujarnya.

Sumber: Instagram Damian Mikhail

Related Posts