Guru perkosa anak murid berusia 12 tahun dalam bilik guru sehingga hamil - The Reporter

Guru perkosa anak murid berusia 12 tahun dalam bilik guru sehingga hamil

Seorang guru di Jawa Timur, Indonesia didakwa memperkosa anak muridnya yang barusia 12 tahun sehingga hamil.

Ketua Polis Daerah Puroharjo, Budi Hermawan mengesahkan kejadian itu dan suspek berusia 33 tahun terbabit telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek mengakui perbuatan itu pada 22 November 2022 di sekolah selepas tamat sesi pembelajaran. Suspek meminta mangsa membantunya mengemaskan sesuatu di bilik guru.

Sebaik saja selesai, suspek meminta mangsa menanggalkan pakaian. Mangsa ketika itu hanya pasrah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Difahamkan perbuatan itu bukan hanya berlaku sekali, sebaliknya dua kali.

Beberapa bulan selepas kejadian itu, mangsa menyedari terdapat perubahan pada perutnya yang mula membuncit, lalu dibawa oleh ibu bapanya ke klinik sebelum disahkan hamil.

Setelah didesak ibu bapanya, mangsa mengakui dia telah diperkosa oleh gurunya. Terkejut mendengar pengakuan itu, mereka terus membuat laporan polis.

Bertindak di atas maklumat tersebut, polis segera menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan beberapa akta lain.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!