Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) sedang menjual air menggunakan motosikal, menarik perhatian ramai.
Pemuda yang dikenali sebagai Aniq Fitri, menjual air botol pelbagai perisa di depan sebuah pasar raya di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Dengan hanya menggunakan motosikal, dia mengisi begnya dengan botol minuman pelbagai perisa buah-buahan dan setiap satu dijual dengan harga RM7 sebotol.
Apa yang membuatkan netizen kagum adalah, biarpun dalam keadaannya seperti itu, Aniq rajin bekerja dan mencari pendapatannya sendiri. Ketekunannya itu membuatkan netizen menganggap Aniq adalah contoh terbaik yang perlu diikuti dalam soal berusaha mencari rezeki walaupun berdepan dengan dugaan.
Sejak dimuat naik dua hari lalu, video milik Truly Nogori Sembilan itu telah mendapat lebih daripada tiga juta tontonan dan ramai netizen memuji kesungguhan Aniq, serta mendoakan agar pemuda itu dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki.