Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Majlis perkahwinannya diraikan dengan penuh meriah dengan dihadiri oleh saudara mara serta rakan taulan. Namun bertukar episod duka apabila pengantin perempuan yang dikenali sebagai Ika mendapat perkhabaran mengenai ibunya yang sedang kritikal di hospital.
Perkongsian yang meruntun hati itu telah dikongsikan oleh sahabat baiknya menerusi TikTok.
“Setelah lebih kurang setengah jam sahaja dia bernikah, dia mendapat perkhabaran duka. Dia terpaksa bergegas ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melihat ibunya yang sedang kritikal.
“Sampai sahaja di hospital, ibunya telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Namun begitu, rakannya yang dikenali sebagai Mawie berbangga dengan kekuatan Ika. Walaupun berdepan dengan situasi begitu, dia uruskan jenazah dengan sebaik mungkin dan segera bergegas ke majlis pernikahannya.
“Walaupun emosi dia tidak stabil,dia terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlis persandingan dia, bukan untuk meraikan tetapi untuk menghormati tetamu yang hadir daripada seluruh negeri,” katanya.
Mawie juga merakamkan detik ketika jenazah ibu kepada Ika ditanam. Kelihatan bapa kepada Ika yang berkerusi roda setia menemani isterinya hingga ke liang lahad.
“Ini ayah kepada Ika, walau berkerusi roda, tetap menemani isteri yang tercinta.
“Kalau kita rasa sedih dan susah, ramai lagi yang lebih sedih dan susah dari kita,” katanya.
Sumber: Mawie Khaili