Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan sanggup meminjam wang daripada ceti haram atau Ah Long hanya semata-mata mahu memenuhi keinginan teman wanitanya.
Memetik laporan dari NST, remaja berkenaan membuat pinjaman wang kerana ingin memenuhi keinginan teman wanitanya yang inginkan makan ikan siakap tiga rasa.
Perkara berkenaan didedahkan oleh pusat Operasi Darul Muttaqim (DM), dan siasatan mendapati remaja dari Selangor itu telah berhutang dengan 12 orang Ah Long.
Katanya, remaja tersebut menemui iklan di TikTok dan telah meminjam sebanyak RM13,000 dari ceti haram.
Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran DM, Fariz Izhar Adrus, berkata remaja tersebut telah meminta bantuan dari DM dan perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.
“Mungkin dia terlalu malu untuk meminjam wang daripada ibu bapanya, dan akhirnya dia memilih untuk meminjam dari Ah Long.”
“Walaupun ibu bapanya adalah penjawat awam, dia kini tinggal bersama pakciknya kerana tidak mahu lagi bersekolah,” tambah Fariz.
Dalam pada itu Fariz memaklumkan remaja berkenaan merupakan antara lebih 3,700 kes melibatkan individu berusia antara 15 hingga 60 tahun yang diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lepas.