Polis berjaya menahan lima suspek yang disyaki membunuh seorang lelaki yang ditemui mati di pusat rekreasi di Semarang, Jawa Tengah Indonesia.
Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berakta, punca mangsa dibelasah hanya disebabkan hal remeh ketika mangsa dan lima rakannya melintas di hadapan kenderaan sekumpulan suspek terbabit.
“Semasa mangsa dan lima rakannya melintas, mangsa sempat meludah di hadapan kenderaan suspek. Tersinggung dengan perbuatan mangsa, suspek mengejar mangsa dan rakan-rakannya.
“Bagaimanapun usaha melarikan diri itu gagal apabila mangsa berjaya ditangkap oleh suspek, manakala rakan-rakannya melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Mangsa kemudian dibelasah dan ditikam dengan senjata tajam di bahagian kepala dan perut sebelum ditinggalkan bersendirian dalam keadaan cedera parah.
Meskipun parah, mangsa masih berupaya melarikan diri sehingga ke lokasi di mana mayat mangsa ditemui oleh orang awam.
“Polis masih menunggu laporan bedah siasat. Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada luka tusukan di kepala itu diseabkan benda tumpul atau tajam.
“Turut ditemui satu botol minuman dipercayai minuman keras ditemui pada raga motosikal milik mangsa yang berada tidak beberapa jauh daripada mayat mangsa berada. Dompet dan telefon bimbit mangsa masih belum dijumpai,” katanya.
Kesemua suspek kini bakal berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Sumber: Kompas