Gagal capai 40 pingat emas, PAS desak Menteri KBS mohon maaf secara terbuka

Pemimpin PAS hari ini dengan lantangnya meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli, memohon maaf secara terbuka di atas kegagalan mereka dapat memastikan atlet Malaysia yang berjuang di Sukan SEA Hanoi, gagal meraih 40 pingat emas seperti yang disasarkan.

Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari, berkata, kementerian itu juga perlu membuat ‘post mortem’ bagi mengetahui punca sebenar kegagalan mencapai sasaran 40 pingat emas dan bukan dengan mudah menunding jari pada atlet semata-mata.

“Sungguh malang nasib kontinjen Malaysia apabila mencatatkan pencapaian terburuk di dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.

“Bagi temasya kali ini, kontinjen negara hanya mampu mengutip 34 pingat emas.. untuk menjadi penghuni tangga ketujuh keseluruhan daripada 11 negara.

“Saya tidak mahu salahkan menteri dan pasukannya seratus peratus di atas kegagalan ini, namun Menteri Belia dan Sukan wajib melaksanakan post mortem menyeluruh dan bukannya hanya menyalahkan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang di bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan master plan KBS.

“Didahului dengan ucapan maaf secara terbuka kepada semua peminat sukan Malaysia dengan mencatat sejarah terburuk, malah lebih teruk daripada pencapaian Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas.

“Tempoh berbulan madu sudahpun berakhir, Menteri dan Timbalannya perlu mengambil langkah membina semula suka negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun di media sosial, netizen membidas pemimpin PAS berkenaan yang dianggap membuat penilaian secara tidak adil kerana Hannah Yeoh dan Adam Adli baru enam bulan memimpin kementerian tersebut.

“Berlaku adil pada Hannah dan Adam yang baru sahaja take over sports portfolio. Training was already in progress when Anwar Ibrahim and gang took over. Hannah and Adam just went along with existing sports program. So to blame them is insignificant at all,” komen Marilyn.

“The way PAS punya kecaman seperti mereka amat yakin jika memerintah boleh dapat lebih bagus. Adakah kesalahan ini diletakkan di bahu menteri semata-mata? You just want to politikkan semua perkara,” komen Atarize.

“Persiapan untuk Sukan SEA mengambil masa dua tahun. Kerajaan sekarang baru enam bulan, kenapa semua nak diletakkan di bahu Kerajaan Madani? Sebelum ini, menteri KBS buat apa? Sukan pun nak dijadikan bahan politik memang takkan maju sukan macam ni. Patutlah dulu fans bola gelar bekas menteri KBS jangan hisap gam,” komen Zasshot.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Total
0
Shares
Related Posts