MB Selangor frust tak dapat tiket Inteam, nyanyi lagu Setanggi Syurga luah perasaan | The Reporter

MB Selangor frust tak dapat tiket Inteam, nyanyi lagu Setanggi Syurga luah perasaan

Datuk Seri Amirudin Shari menyanyi lagu "Setanggi Syurga" sebagai reaksi kecewa tidak sempat beli tiket konsert 25 tahun Inteam.
MB Selangor menyanyikan lagu Setanggi Syurga kumpulan Inteam. Gambar: Instagram amirudin shari

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jualan tiket konsert kumpulan nasyid Inteam yang habis terjual bulan lalu telah mengecewakan ramai peminat. Tiket konsert ulang tahun ke-25 Inteam itu habis dijual dalam masa hanya dua jam.

Susulan itu, ramai peminat memohon agar pihak penganjur mempertimbangkan untuk menukar lokasi konsert dan menambah bilangan hari persembahan bagi memberi peluang kepada mereka yang terlepas membeli tiket.

Kekecewaan turut dirasai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang tidak sempat mendapatkan tiket. Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau menarik perhatian ramai apabila memuat naik video menyanyikan lagu Setanggi Syurga, nyanyian kumpulan berkenaan.

“Saya hafal tau lagu Inteam. Harap berikan dua tiket untuk saya dan isteri menonton konsert.

“Inilah saja yang mampu saya lakukan sebab tak dapat tiket Inteam,” katanya berseloroh.

Hantaran tersebut menerima reaksi daripada salah seorang anggota Inteam, iaitu Syah.

“Masya-Allah, terbaik Datuk Seri MB Selangor.”

Sementara itu, Inteam mengumumkan bahawa jualan tiket bagi sesi kedua Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun akan dibuka pada 14 Jun 2025, jam 12 tengah hari. Lokasi konsert juga telah ditukar ke IDEALive Arena, Petaling Jaya, bagi menampung permintaan tinggi daripada para peminat.

Related Posts