Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila filem terbaharu Marvel, Thunderbolts, merakamkan aksi lagak ngeri mereka di menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.
Dalam klip pendek berdurasi seminit yang dikeluarkan oleh Marvel Studios, pelakon Florence Pugh, yang kembali melakonkan watak Yelena Belova, tersenyum teruja hanya beberapa saat sebelum memulakan latihan terjunan dari bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia.
“Apa-apa aksi lagak ngeri dalam mana-mana filem, ini antara yang menakjubkan,” katanya dengan nada penuh kekaguman.
Menurut Pugh, beliau terkejut dengan ketenangan yang dirasai sepanjang melakukan aksi tersebut.
“Aneh betapa tenangnya saya rasa,” sambil menambah bahawa aksi tersebut merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Menurut Pugh lagi, pengalaman melompat dari ketinggian tersebut adalah salah satu yang paling mendebarkan dalam kerjayanya. Beliau mendedahkan bahawa latihan untuk aksi ini memerlukan persiapan yang teliti dan kerja keras dari pasukan keselamatan.
Filem Thunderbolts yang merupakan sekuel terakhir dalam Fasa Lima Marvel Cinematic Universe (MCU) dijangka bakal ditayangkan pada 2 Mei depan serentak di seluruh dunia.
Sumber: GSC