Fitnah Projek SMG: Sanusi enggan mohon maaf secara terbuka terhadap Vincent Tan - The Reporter

Fitnah Projek SMG: Sanusi enggan mohon maaf secara terbuka terhadap Vincent Tan

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan enggan membuat permohonan maaf kepada Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land seperti yang dituntut.

Tegas Sanusi, kes tersebut masih berkembang dan beliau sedang menunggu dokumen kes diserahkan dalam masa terdekat.

“Tak akan (mohon maaf secara terbuka). Kes itu masih berkembang, dokumen sedang diserahkan. Jadi kita tengok sehari dua lagi,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, Selasa, 8 Ogos 2023.

Pengasas Berjaya Land, Vincent Tan kelmarin menuntut Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM200 juta atas kenyataan fitnah yang dilemparkan.

Menurut Vincent, kenyataan Sanusi itu berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang menjejaskan reputasi dirinya dan Berjaya Land.

Menurut laporan sama, Sanusi mengucap kenyataan tersebut semasa menyampaikan ceramah politik bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Jelajah Mega PN Best dan PN Best Sayangi Kedah Sejahtera Mega Tour, 2 Ogos lalu.

Ucapan yang disampaikannya itu didakwa berbaur fitnah, palsu, tidak berasas dan tanpa bukti yang bertujuan menggugat Vincent TAn dan Berjaya Land.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!