'Filem haprak, angkat diri sendiri seperti Godfather' - Khairuddin kritik filem Anwar Ibrahim - The Reporter

‘Filem haprak, angkat diri sendiri seperti Godfather’ – Khairuddin kritik filem Anwar Ibrahim

Dato' Sri Khairuddin mengkritik filem itu yang didakwanya seperti satu filem yang memualkan serta meloyakan.

Semalam, filem yang menceritakan mengenai perjalanan hidup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan antara tempoh tahun 1993 dan 1998 telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem “Anwar: The Untold Story” ialah filem arahan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan dibintangi pelakon tempatan popular, Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak sebagai Dr Wan Azizah.

Filem yang berkisar mengenai perjuangannya menentang amalan rasuah itu membabitkan kos RM10 juta.

Memetik beberapa ulasan yang diberikan oleh penonton, ada yang berasa sebak dan sedih dengan perjuangan yang telah dilalui oleh Anwar dan keluarganya apatah lagi ada yang sama-sama melalui perjuangan reformasi yang dilaungkan oleh beliau.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik filem ini tidak menepati citarasa mereka.

Dato’ Sri Khairuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia, mengkritik filem itu dan mendakwanya sebagai satu filem yang mual serta meloyakan.

“Filem haprak yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr. Mahathir sekaligus mengangkat diri sendiri seperti Godfather,” tulisnya.

Beliau turut mendakwa ada unsur ‘misleading’ di dalam pembikinan filem ini selain mempersoalkan pemilihan pengarah dari Indonesia.

“Pembikinan filem tanpa proses kaji selidik yang berteraskan fakta yang tepat.

“Saya merasai seolah-olah menonton filem Indonesia kerana pelakonnya berusaha keras untuk bercakap bahasa Melayu tetapi bunyinya sumbang. 99% pelakon dari Indonesia dan lokasi juga 95% di Indonesia,” katanya.

Beliau yang juga merupakan suami kepada selebriti Umie Aida turut mengulas babak reformasi yang dilaungkan ketika itu.

“Saya fikir itu adegan tunjuk perasaan pekerja asing di Malaysia.

“Namun, saya hendak beri kepujian pada tajuk film ini kerana memang banyak ‘Tak Untold.’

“Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan,” tulisnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!