Fenomena 7 matahari muncul di langit China, tarik perhatian ramai | The Reporter

Fenomena 7 matahari muncul di langit China, tarik perhatian ramai

Sumber Gambar : Go Chengdu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, sebuah fenomena alam yang menakjubkan telah menarik perhatian ramai di Chengdu, China. 

Pada 18 Ogos lalu, penduduk tempatan menyaksikan pemandangan luar biasa di langit, di mana tujuh ‘matahari’ muncul di langit. Fenomena ini pantas menular di media sosial dan menarik perhatian ramai.

Dalam video yang dirakam oleh seorang penduduk Chengdu, tujuh ‘matahari’ itu dapat dilihat di langit, termasuk satu daripadanya tersembunyi di belakang awan. Setiap ‘matahari’ tersebut mempunyai kecerahan yang berbeza. 

Difahamkan, fenomena ini berlangsung selama kira-kira satu minit, memberikan peluang kepada orang ramai menyaksi dan merakam detik yang sangat jarang berlaku itu.

Walaupun kelihatan seperti sesuatu yang mistik, fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan melalui sains. Menurut Zeng Yang, Naib Presiden Persatuan Astronomi Amatur Sichuan, fenomena ini adalah hasil daripada ilusi optik yang disebabkan oleh pembiasan dan pantulan cahaya melalui lapisan kaca. 

Setiap lapisan kaca mencipta imej maya tambahan dan bilangan imej yang terhasil mungkin berbeza-beza bergantung pada sudut pandangan.

Sumber: World of Buzz

Related Posts