FBI dedah mesej antara iPhone & Android tidak selamat - The Reporter

FBI dedah mesej antara iPhone & Android tidak selamat

Mesej antara iPhone dan Android tidak selamat
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pada Oktober 2024, laporan Wall Street Journal mendedahkan serangan siber besar-besaran terhadap syarikat telekomunikasi AS seperti AT&T, Verizon dan Lumen Technologies.

Pengarah Agensi Keselamatan Negara (NSA), Jeneral Timothy Haugh, mendedahkan serangan tersebut didalangi oleh China, meskipun kerajaan China menafikan dakwaan itu.

Susulan insiden itu, pada 3 Disember 2024, FBI, NSA, dan Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) mengeluarkan garis panduan baharu untuk melindungi infrastruktur komunikasi di Amerika Syarikat.

Dalam sidang media mengenai kesan serangan tersebut, Pengarah Eksekutif Bahagian Keselamatan Siber CISA, Jeff Greene, menasihatkan agar pengguna iPhone dan Android berhenti menghantar mesej teks kerana ia tidak selamat.

Namun, nasihat ini merujuk kepada definisi “mesej teks” yang lebih spesifik daripada pemahaman umum. FBI menjelaskan, mesej antara pengguna iPhone ke Android, atau sebaliknya, lebih berisiko. Sebaliknya, mesej dalam platform sama seperti iMessage (iPhone ke iPhone) dan Google Messages (Android ke Android) dianggap lebih selamat kerana mempunyai perlindungan yang lebih selamat.

Sebagai langkah alternatif, FBI mencadangkan penggunaan aplikasi lain yang menawarkan perlindungan lebih baik. Aplikasi seperti WhatsApp dan Signal dianggap pilihan terbaik kerana bukan sahaja melindungi mesej, tetapi juga panggilan suara. Ini menjadikan komunikasi lebih selamat berbanding sistem RCS (Rich Communication Services), yang lebih mudah terdedah kepada serangan siber.

Serangan siber ini dipercayai bertujuan untuk mengintip komunikasi rahsia pegawai kerajaan. Menurut laporan Politico, penggodam berjaya mendapatkan rekod panggilan dan mesej teks beberapa pegawai tinggi, sehingga maklumat peribadi mereka terdedah. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!