Fatiya Latiff tak gemar orang Sabah menonton video live dia di TikTok, banyak syirik katanya - The Reporter

Fatiya Latiff tak gemar orang Sabah menonton video live dia di TikTok, banyak syirik katanya

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, pelakon Fatiya Latiff, 36, telah mengeluarkan kenyataan yang kontroversial yang menyatakan bahawa beliau tidak menggemari individu yang berasal dari negeri Sabah.

Malah, Fatiya mendakwa bahawa masyarakat yang berasal dari negeri di bawah bayu itu mengamalkan amalan syirik.

Dalam siaran langsung di aplikasi TikTok, Fatiya berkata, “Orang Sabah sila jangan ganggu saya. Saya benci orang Sabah, orang syirik. Banyak orang Sabah yang syirik. Jadi saya palau orang Sabah.”

@roses_officials

Dalam video ni bukan saya saya cuma berkongsi video sahaja … #trending #foryou #fyp

♬ Dream Hwarang – Lapak Permata Nusantara 2

Beliau juga menegaskan bahawa orang Sabah tidak sepatutnya menonton siaran langsungnya.

Namun, Fatiya tidak memberikan penjelasan mengapa beliau tidak menggemari masyarakat Sabah.

Kenyataan kontroversialnya itu telah menarik perhatian dan dikritik netizen.

“Tak betul dah kau ni. Kau fikir orang Sabah ni semua syirik? Jangan-jangan pernah kena tolak cintanya, sebab itulah cakap macam tu,” kata Hidayah.

“Kesian orang Sabah. Saya berkhidmat 12 tahun di sana. Orang baik-baik belaka. Jaga tingkah laku tutur kata di mana saja kita berada. Insha-Allah orang asyang. Orang Sabah jangan ambil hati ye dengan orang sakit ni,” katanya.

Sumber: Oh Bulan!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!