FAM nafi dakwaan pemain guna dokumen palsu | The Reporter

FAM nafi dakwaan pemain guna dokumen palsu

Kenyataan penafian dibuat oleh FAM.
Gambar: FB FAM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima dokumen penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan tatatertib melibatkan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, FAM memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.

“Semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera,” kata kenyataan itu.

FAM turut menegaskan bahawa dakwaan kononnya pemain memperoleh dokumen palsu atau cuba mengelak peraturan kelayakan adalah tidak berasas kerana tiada bukti dikemukakan oleh FIFA.

“Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur. Para pemain bertindak dengan penuh niat baik dan bergantung kepada proses yang dijalankan oleh FAM,” jelas badan induk itu.

Baca juga:

Tambah kenyataan tersebut, FAM memandang serius kesimpulan yang dibuat oleh FIFA dan akan membangkitkan perkara itu secara menyeluruh dalam proses rayuan.

FAM juga menegaskan bahawa kes ini turut melibatkan maklumat rasmi berkaitan prosedur kerajaan dalam pengeluaran dan pengesahan pasport, yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966.

“Justeru, FAM terikat secara undang-undang untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap elemen-elemen tersebut. Oleh itu, FAM hanya akan berkongsi maklumat berkenaan dengan pihak FIFA bagi tujuan kes ini sahaja,” jelasnya.

Related Posts