Eyka, Akhyar rancang nikah tahun depan | The Reporter

Eyka, Akhyar rancang nikah tahun depan

Sumber Gambar: Instagram Eyka Farhana

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini pelakon Eyka Farhana telah memuat naik hantaran majlis pertunangannya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan, Eyka mendedahkan kepada umum majlis pertunangannya yang telah dijalankan pada Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Eyka meluahkan rasa syukur dan gembira.

“Alhamdulillah rasa lebih tenang dan sudah tentu saya gembira. Apapun doakan saya ye,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka turut memaklumkan mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan.

“Insya-Allah tahun depan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga dipermudahkan urusan sampai ke hari perkahwinan,” katanya.

Kisah percintaan antara Eyka dan Akhyar sering menjadi perhatian apabila pasangan ini dilihat sangat secocok selain saling mengambil berat antara satu sama lain.

Sumber: Harian Metro

Related Posts