'Engkau terpaling parent tak reti nak dukung bayi?' - Lelaki geram dengan ibu bapa bawa twin stroller nak masuk lif - The Reporter

‘Engkau terpaling parent tak reti nak dukung bayi?’ – Lelaki geram dengan ibu bapa bawa twin stroller nak masuk lif

Gambar hiasan

Isu penggunaan lif di pusat beli-belah yang sering menjadi subjek perdebatan di kalangan pengguna media sosial. Sedangkan masyarakat sudah kerap lagi dimaklumkan bahawa golongan yang memerlukan seperti ibu mengandung atau ibu bapa yang membawa anak-anak atau stroller, warga emas, Orang Kelainan Upaya, perlu diberikan keutamaan untuk menggunakan lif.

Malangnya, masih ada individu yang mementingkan diri dan lemah daya pemikirannya merampas hak golongan ini.

Gigih nak masukkan twin stroller dalam lif

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Malik meluahkan rasa tidak puas hatinya berhubung pengalamannya berdepan dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Menurut Malik, dia merasa terganggu dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi dan cuba memasukkan stroller tersebut ke dalam lif yang sudah penuh, dan kemudian meminta orang lain untuk keluar dari lif.

“Everytime turun KLCC ni, bukannya KLCC Twin Tower. Masa weekend, dia jadi KLCC Twin Stroller.

“Dia punya twin stroller tu gigih eh nak sumbat masuk dalam lift yang penuh. Lepas tu nak suruh orang keluar dari lift.

Terpaling parent

“Engkau pula terpaling parent yang tak reti nak dukung bayi yang boleh mampos kalau tak bawa twin stroller bodoh tu.

“Awas eh kakak nak main double stoller dekat hallway macam bapak engkau punya hallway, sampai block jalan orang.

“Good lord this kind of people jenis selfish nak suruh orang prioritykan kebodohan beliau yang hakiki,” katanya.

Dikecam kerana pentingkan diri

Namun, luahan Malik dikecam oleh netizen.

“Kita doakan adik Malik ini cepat mendapat jodoh dan dikurniakan empat anak kembar serentak. Semoga sel-sel otak dia kembali berhubung kenapa ibu bapa yang membawa stroller sangat memerlukan lift sebagai salah satu medium pergerakan,” kata Syazramli.

“Macam kat mall, yang penuh dalam lift tu orang yang terlebih upaya, couple-couple muda mudi sihat walafiat. Kita pula yang dengan anak kecil kena beralah, lipat stroller dukung anak naik escalator sebab dah setengah jam terpacak kat depan pintu lift yang sentiasa penuh dengan orang yang berupaya,” kata Sofie Yahaya.

Sumber: Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!