'Engkau cikgu ada pelajaran tapi b****, kau pukul muka anak aku dengan buku!' - Ibu bengang cikgu pukul anaknya - The Reporter

‘Engkau cikgu ada pelajaran tapi b****, kau pukul muka anak aku dengan buku!’ – Ibu bengang cikgu pukul anaknya

Selain daripada rumah, institusi pendidikan seperti sekolah adalah tempat yang paling selamat. Justeru, guru memainkan peranan dalam memastikan para pelajar sentiasa berasa dilindungi dan terjaga.

Baru-baru ini tular satu video yang merakamkan situasi ‘perang mulut’ antara ibu pelajar dan guru di sebuah sekolah. Insiden ini dikatakan berpunca dari guru terbabit didakwa telah memukul muka pelajarnya dengan menggunakan buku sehingga memberikan kesan trauma di mana pelajar berkenaan tidak mahu makan sepanjang hari.

Berdasarkan video tersebut, ibu pelajar itu bersemuka dengan Guru Besar dan guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang menimpa anaknya. Difahamkan, anak pengadu dihukum kerana tidak membawa rekoder untuk menduduki ujian amali bagi subjek Pendidikan Muzik.

Guru berkenaan telah membuat permohonan maaf, namun ibu pelajar itu masih tidak dapat menerima hukuman yang telah dikenakan ke atas anaknya. Dia juga berkata, sekiranya hukuman lain dikenakan seperti rotan, mencuci tandas, berdiri atau sebagainya, dia masih boleh menerima hukuman itu.

“Memang menjatuhkan muka budak. Kalau rotan, berdiri, basuh tandas sampai ke malam pun, saya tak bising,” kata wanita itu.

Ketika Pengetua sekolah meminta pelajar itu melakonkan kembali insiden berkenaan, si ibu mencelah supaya dia melakukan benda yang sama pada guru tersebut.

“Macam buku tu, dia tepuk, mama nak tepuk muka cikgu tu.  Boleh tak saya tepuk muka cikgu macam tu,” soal wanita itu.

“Buatlah,” jawab guru berkenaan.

Si guru kelihatan seperti sudah tidak mahu memanjangkan keadaan dan meminta si ibu supaya menyelesaikan masalah itu.

“Jadi selepas ni banyak je pilihan yang ada. Saya boleh je tak nak ajar dia, boleh suggest kat cikgu-cikgu lain untuk ajar dia atau dia boleh pindah sekolah,” katanya.

Kata-kata guru itu membuatkan pengadu bertambah ‘panas’ dan dalam masa sama bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dia tidak mahu lagi guru itu mengajar anaknya. ‘Perang mulut’ itu masih berterusan dan akhirnya Guru Besar memohon maaf di atas kejadian yang berlaku kerana mungkin keadaan ketika itu berada di luar kawalan.

Sementara itu, Cikgu Fadli Salleh, yang juga pempengaruh di media sosial berpendapat, masing-masing ada salahnya sendiri. 

“Tindakan guru besar itu salah kerana temukan ibu ini dengan guru. Bila bertemu tengah marah, jadilah macam ni. Sebab itu biasanya kes aduan begini, hanya Guru Besar atau Penolong Kanan Hem saja yang menghadap ibu bapa. 

“Tenangkan parent, beritahu apa tindakan yang akan diambil. Selepas diambil tindakan, maklumkan semula pada parent itu. Tak perlu biar mereka bersemuka, akan jadi panas dan memburukkan lagi keadaan. 

“Tindakan hempuk muka budak dengan buku itu salah. Ia memalukan, menjatuhkan maruah dan memberi penghinaan pada murid. 

“Rotan je budak itu jika benar dia salah. Rotan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa. Tindakan parent merakam dan menyebarkan video juga salah,” katanya.

Sumber: Cikgu Fadli Salleh, TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!