Ebit Lew peroleh perintah injunksi interim untuk halang Caprice & Mondy keluar kenyataan yang boleh menjejaskan reputasinya - The Reporter

Ebit Lew peroleh perintah injunksi interim untuk halang Caprice & Mondy keluar kenyataan yang boleh menjejaskan reputasinya

Pendakwah bebas, Ebit Lew, memperoleh perintah injunksi interim untuk menghalang penyanyi Caprice dan TikToker, Mondy Tattoo daripada mengeluar sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi dan berbentuk ugutan terhadapnya.

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober lalu juga mengarahkan Caprice dan Mondy memadamkan satu video rakaman di laman YouTube The Podcast Show dan lima video di Instagram Caprice dalam tempoh 24 jam.

Terdahulu, Caprice memuat naik video temubual ekskusif bersama Mondy yang mendakwa pendakwah itu telah membuat gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadapnya sejak kali pertama tiba di Malaysia.

Difahamkan, Mondy telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, pendakwah berkenaan menafikan dakwaan tersebut yang secara tidak langsung telah menyebabkan dia dikecam dan imejnya tercalar. Ebit kemudian tampil membuat laporan polis dan menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, dua kertas siasatan berhubung dakwaan rogol dan gangguan seksual yang membabitkan pendakwah itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Beliau bagaimanapun enggan menggulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes di mahkamah.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!