'Ebit ada masalah seksual keterlaluan, keinginan tinggi untuk melakukan hubungan intim lebih 7 kali sehari' - Saksi - The Reporter

‘Ebit ada masalah seksual keterlaluan, keinginan tinggi untuk melakukan hubungan intim lebih 7 kali sehari’ – Saksi

Kredit foto: The Sun

Saksi kesembilan, yang dirahsiakan namanya, memberitahu mahkamah bahawa, pendakwah, Ebit Lew, 38, sejak awal pernah mengadu tentang masalah seksual yang keterlaluan.

Menurut saksi, Ebit menghubungi beliau melalui panggilan telefon dan menceritakan tentang keinginannya yang tinggi untuk melakukan hubungan seks—lebih tujuh kali sehari.

Walau bagaimanapun, Ebit juga memberitahu bahawa isterinya tidak mampu memenuhi keperluan seksualnya.

Saksi menolak dakwaan peguam bahawa semua ini hanyalah idea untuk menjatuhkan reputasi Ebit. Beliau berkata, Ebit sendiri pernah memberitahunya mengenai masalah seksual ini dan keterangan yang diberikan bukanlah hasil imaginasi semata-mata.

Saksi juga menyatakan, Ebit pernah mengaku kepada isterinya bahawa beliau sering beronani di bilik kosong, walaupun isterinya tidak tahu Ebit juga berhubungan dengan orang lain melalui telefon.

Kes ini sedang berlangsung di Mahkamah Majistret, dan pihak berkuasa akan terus menyiasat dan memutuskan mengikut undang-undang yang berkenaan.

Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, berdepan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual. Beliau didakwa membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp.

Kes ini dikatakan berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Sumber: Utusan Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!