'Dunia sekarang lapar view sangat' - 5 individu risikokan diri buat content di tengah jalan dikecam netizen - The Reporter

‘Dunia sekarang lapar view sangat’ – 5 individu risikokan diri buat content di tengah jalan dikecam netizen

Sumber gambar: Twitter

Tindakan lima individu termasuk dua TikToker membuat rakaman video di tengah-tengah jalan mengundang kecaman netizen.

Sejak semalam, tular video sekumpulan individu yang juga membabitkan seorang penghantar makanan merakam video di tengah jalan dipercayai untuk diterbitkan di media sosial.

Dalam keadaan jalan raya yang sedang sibuk, tiga daripadanya duduk di kerusi, manakala dua lagi individu yang berada di depan dan belakang berdiri di atas kerusi sambil menari-nari.

Perbuatan mereka itu bukan saha mengundang perhatian orang awam, malah mendapat kecaman netizen di media sosial yang mempertikaikan tentang keselamatan.

“Kalau kereta hilang kawalan, siapa yang kena? Bahaya, ada banyak lagi tempat lain yang lebih selamat.

“Dunia sekarang dah lapar view sangat. Hilang sifat malu. Kadang-kadang buat content tak fikir nyawa. Asal like mencanak je sanggup buat.

“Naik meluat pula tengok. Nak buat content jangan sampai membahayakan diri dan menyusahkan orang lain,” kata netizen.

“Kalau kau jatuh dik, aku akan cakap padan muka. Buat malu rider je. Betina pun sama naik buat benda macam ni,” tambah seorang lagi netizen.

Difahamkan, video yang dirakam menggunakan dron itu berlaku di Meru, Klang.

Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan agar kejadian seumpama itu dapat dibendung sebelum lebih ramai lagi pencipta kandungan meniru perbuatan kumpulan itu di tempat lain.

Sumber: Twitter, Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!