'Dulu dipanggil gorila, negro, badak, babi dan seangkatannya' - Siti Sarah - The Reporter

‘Dulu dipanggil gorila, negro, badak, babi dan seangkatannya’ – Siti Sarah

Baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berkongsi gambar lamanya yang dikatakan pernah dihina oleh orang ramai sehingga mengguris hati dan perasaannya. Namun, dia enggan terlalu mengambil hati dengan kritikan yang tidak bertamadun itu dan menjadikan kritikan itu sebagai dorongan kepada dirinya untuk berubah. 
“Siapa ingat gambar ini? Mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah, kenapa nak berubah, buat apa?
“You are not in my shoes, awak tak hadap apa yang saya hadap. Ye, saya memang kuat untuk hadap banyak benda tetapi saya tahu ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan,” katanya. 
Melalui kapsyen gambarnya itu juga, Siti Sarah mendedahkan dia pernah dipanggil sebagai gorila, negro, badak, babi dan banyak lagi hanya kerana segelintir individu berkenaan yang tidak menyenangi wajahnya. 
“Apabila dikutuk dipanggil gorila, negro, nama-nama binatang seperti badak, babi dan seangkatan dengannya, siapa yang tahan dan apabila ada orang ingat yang kau tak sama level dengan dia, kau salah!” katanya. 
Justeru, Siti Sarah menasihatkan golongan wanita yang senasib dengannya di luar sana berubah untuk diri sendiri dan bersabar dengan segala kritikan orang di sekeliling. 
“Come on girl’s, time to change! Dan saya tahu ramai perempuan yang di luar sana nak berubah dan jangan berubah untuk orang lain. Berubah untuk diri sendiri, yang penting perubahan perlukan kesabaran,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!