Teringat cerita lama yang aku rasa agak sadis jugalah dalam hidup aku ini. Tetapi aku nak ceritalah, mungkin ada pengajaran di sebaliknya untuk mereka yang membacanya.
“Nak cuti ni, jalan pun sesak. Bas lambatlah agaknya,” aku cuba sedapkan hati ini.
Tiba-tiba datang dua lelaki dari belakang menyerbu dan tarik baju aku dengan kasar. Tangan aku ditarik ke belakang dan digari. Gari woi! Gila mana tak terkejut aku?! Masa itu, black belt calit 2 Teakwando aku pun hilang entah kemana. Haha! Biasalah, tiba-tiba kan, mana ready nak pertahankan diri.
Selepas aku, ada pula lelaki yang lain kena gari juga. Kurang asam betul dua lelaki itu, main cekup orang saja. Kasihan pula lelaki itu kena seperti aku. Orang lain tengok saja, malu wei! Macam itulah agaknya orang lain tengok aku tadi. Hahaha!
Malas nak fikir dah, aku tunggu juga bas aku. Tunggu punya tunggu, tengok jam dah berjam-jam sudah. Jauh terlajak begini aku rasa bas memang takkan datang. Aku call kaunter bas di Larkin dan tanya tentang bas aku. Dia kata bas aku dah lepas Skudai. Hmm.. Menyumpah lagi aku dalam hati.
Punya lama aku di situ sampai tinggal seorang dua saja yang menunggu bas. Aku pun tanyalah salah seorang lelaki, dia nak balik ke mana. Dia jawab, “Klang,”. Yes!! Masih ada harapan, ada harapan. Haha! Nampak sudah cahya di situ.
Sepanjang perjalanan itu aku tak berhenti-henti mengimbas kembali kisah tadi. Rasa geram, sakit hati, semua ada. Selepas itu aku fikir, “Eh? Kredit dah habis macam mana nak call parent aku minta mereka ambil aku di stesen bas Klang?”. Bertawakal lagilah aku nampaknya.
Ayah selalu cakap pada aku,
“Fath, kalau ada orang datang dekat pada kita meminta derma ke, duit ke, kalau kita mampu bagi, kita bagilah berapa yang mampu. Jangan kita fikir sangat dia nak guna duit itu untuk apa selepas itu. Orang itu baik ke, orang itu tak baik ke, jangan fikir. Dia nak guna duit itu atas jalan kebaikan atau keburukan, itu antara dia dengan Tuhan. Yang penting kita dapat pahala sebab sudah membantu.”