Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di dalam sesebuah perkahwinan, sifat tolak ansur dan persefahaman perlu ada di antara pasangan suami isteri. Apabila sudah bergelar suami dan isteri, tanggungjawab pada keluarga sendiri terutamanya ibu dan bapa juga tidak harus dilupakan begitu sahaja. Baik suami atau isteri, masing-masing perlu mengambil berat tentang keadaan ibu bapa masing-masing.
Dan sekarang, suami aku hanyalah Grab Driver yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar. Sampai tak balik rumah semata-mata nak tampung perbelanjaan harian. Dan aku bagai orang gaji di rumah sendiri, semua benda aku bereskan.
Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan. Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.










