Driver Nissan Almera AJK 869 tabur paku atas jalan, ditahan polis - The Reporter

Driver Nissan Almera AJK 869 tabur paku atas jalan, ditahan polis

Pemandu Nissan Almera AJK 869 yang membuang sejumlah besar paku di atas jalan di Jalan Ipoh-Lumut, baru-baru ini telah berjaya ditangkap polis.

Baca: (Video) ‘Tu dia buang lagi paku!’ – Driver Nissan Almera AJK869 dirakam sengaja buang paku di jalan raya

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada jam 3 pagi tadi di Changkat Larang, Lahat, selepas lima jam video perbuatannya tular di media sosial.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Terdahulu, video suspek menabur sejumlah besar paku di atas jalan raya tular di media sosial. Netizen percaya suspek sengaja berbuat demikian untuk menganiaya pengguna lain bagi memperoleh keuntungan daripada kesempitan.

Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap suspek.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!