'Driver e-hailing kurang ajar, dah booking dia suruh cancel sebab dia tengah makan' - Pengadu - The Reporter

‘Driver e-hailing kurang ajar, dah booking dia suruh cancel sebab dia tengah makan’ – Pengadu

Gambar sekadar hiasan sahaja

Sebagai pemandu e-hailing, sudah menjadi kewajipan mereka untuk memberi layanan yang baik kepada pelanggan, termasuk menjaga adab pertuturan bagi menjamin prestasi perkhidmatan yang berkualiti dan digemari. 

Apatah lagi pekerjaan itu tidak memerlukan mereka terikat dengan waktu masa bekerja dan sekali gus mengurangkan tekanan ketika bekerja. 

Semalam, dua pengguna e-hailing berkongsi pengalaman menerima layanan buruk dari pemandu e-hailing hanya kerana perkara remeh, sedangkan masalah itu boleh diselesaikan secara baik. 

Dalam kes pertama, pengadu mendakwa pemandu e-hailing yang menerima tempahannya bersikap kurang ajar dengannya. 

Berdasarkan gambar tangkap layar perbualan antara dua pihak berkenaan, pemandu terbabit mengatakan perjalanan sejauh tujuh kilometer untuk menjemput pengadu adalah tidak berbaloi. 

Pengadu kemudian menjawab perkara itu bukan masalahnya dan pemandu e-hailing meminta dia menunggu selama 20 minit untuk proses pembatalan. 

Memandangkan tempoh masa yang diberikan terlalu lama, pengadu memaklumkan dia akan menggunakan aplikasi lain untuk menempah perkhidmatan e-hailing. 

Seakan tidak berpuas hati dengan mesej itu, pemandu e-hailing berkenaan menegaskan dia juga mempunyai aplikasi. Selepas pengadu menjawab bukan dirinya yang mengalami kerugian, membuatkan pemandu e-hailing itu bengang lalu memaki dan menyumpah pengadu dengan kata-kata kesat.

GrabDriver kurang ajar.
Dah accept booking. Tapi tgh mkn. Suruh dia cancel, dia tak nak.

Lepas tu loyar buruk. Complain kat @GrabMY. Tapi mcm biasa. Cakap akan ambil tindakan. Dan tak nak share hasil tindakan nnt. pic.twitter.com/nQpCFXSmAh

— Amin Nurazmi (@AminNurazmi) February 24, 2023

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tidak menyangka pemandu Grab mempertikaikan tindakan pemandu e-hailing yang meminta dia untuk menunggu lama kerana pada waktu itu dia sedang makan tengah hari. 

Disebabkan tidak dapat menunggu, pengadu meminta dia membatalkan tempahan perkhidmatan tersebut dan dia tidak dapat membatalkan tempahan itu sendiri kerana bimbang akan dikenakan caj tambahan. 

“Cik la cancel. Lagipun saya letak pinggan di meja. Sama ada cik nak tunggu atau try booking lain.

“(Kalau) nak cepat, drive sendiri cik. Saya ni manusia, bukan robot,” kata pemandu e-hailing terbabit. 

“Kenapa accept booking? Kenapa on Grab, tapi tengah makan?” tanya pengadu. 

“Auto accept dari pihak Grab, bukan pihak saya. Untuk menunggu duduk dalam que menunggu. 

“Dah tu, takkan nak koreng hidung? Dah lapar, makanlah,” balas pemandu e-hailing berkenaan. 

Tidak berpuas hati dengan loyar buruk pemandu e-hailing terbabit, pengadu membuat aduan kepada pihak e-hailing. 

Menurut syarikat e-haling berkenaan, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemandu terbabit jika didapati bersalah. 

Dalam masa sama, Grab juga memaklumkan para penggunanya boleh membatalkan tempahan dengan alasan ‘pemandu minta batal tempahan’ dan sistem mereka akan menggera sistem untuk dilanjutkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Twitter Amin Nurazmi, Zariff
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!