'Dong Zong memang rasis, hanya pejuangkan bangsa Cina' - PM - The Reporter

‘Dong Zong memang rasis, hanya pejuangkan bangsa Cina’ – PM

Walaupun ada beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berasa kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya yang melabelkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai rasis. 
Ini kerana katanya, Dong Zong tidak pernah berkata apa-apa tentang Malaysia walaupun negara ini jelas sekali berbilang kaum. 
“Mereka tidak pernah bercakap tentang Malaysia. Mereka hanya memperjuangkan satu bangsa. Malaysia adalah negara berbilang kaum. Kalau lakukan sesuatu kena jaga perasaan kaum lain. 
“…selalu cakap tentang pendidikan Cina. Bahkan semasa saya usulkan untuk wujudkan Sekolah Wawasan untuk satukan rakyat, mereka menolak.
“Dong Zong membantah kerana ia mungkin membuatkan kanak-kanak Melayu bercampur dengan kanak-kanak Cina. Itu pemikiran yang sangat rasis. 
“Apa salahnya kalau orang Melayu dan Cina dan kaum lain pergi ke sekolah bersama-sama. Masa saya sekolah dulu ada orang Melayu, Cina, Punjabi dan India, semuanya baik sahaja. 
“Begitupun menurut Dong Zong, mereka tidak boleh berada berdekatan antara satu sama lain,” tegasnya. 
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, disebabkan pemikiran seperti itu, beliau tetap mengatakan Dong Zong pertubuhan yang rasis kerana menumpukan kepada mempertahankan komunitinya sahaja. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!