Doktor Tak Profesional! - The Reporter

Doktor Tak Profesional!

MEXICO – Tiga doktor yang bergambar dengan salah seorangnya menjulang bayi yang baru lahir, diburu oleh pihak polis selepas gambar itu viral di laman Facebook.
Ketiga-tiganya yang dipercayai pakar sakit puan, pakar bius dan pakar kanak-kanak terbabit membantu seorang wanita melahirkan anak di sebuah hospital di negara itu.
Setelah berjaya menyambut kelahiran bayi wanita itu, salah seorang daripada mereka meletakkan bayi berkenaan di bahu rakannya sambil semuanya tersenyum merakam gambar kenang-kenangan. 
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Mexico telah menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang terlibat.
Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh Ramon Villegas di Facebook dengan kapsyen:

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


“Doktor tidak profesional. Ketika ada suami bimbang mengenai isteri dan bayinya, petugas hospital bertindak tidak profesional dan tidak beretika,”

Ramon turut menggesa netizen berkongsikan gambar tersebut dalam usaha mengenalpasti mereka yang terlibat. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!