Dituduh sengaja tayang lurah, Sophia Albarakbah jawab kecaman netizen - The Reporter

Dituduh sengaja tayang lurah, Sophia Albarakbah jawab kecaman netizen

Sophia Albarakbah pakaian kontroversi
Sophia Albarakbah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon terkenal, Sophia Albarakbah, tampil mengucapkan terima kasih kepada netizen atas keprihatinan mereka terhadap penampilannya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Sophia berkata, dia akan lebih berhati-hati memilih pakaian untuk mengelakkan dirinya terpalit dengan isu yang sama pada masa depan.

“Sebenarnya saya tak tahu apa-apa mengenai isu ini sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan pakaian yang ditaja.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin dengan penampilan saya. Doakan yang terbaik, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Sabtu, 25 Januari 2025.

Sebelum ini, penampilan Sophia dengan busana hitam yang menampakkan bahagian dadanya pada satu acara fesyen telah mencuri perhatian ramai. Pakaian tersebut dilihat tidak sesuai dan mencolok mata, sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Seorang pengguna Instagram turut mendakwa Sophia sengaja ‘menayangkan aset,’ sekali gus membangkitkan kecaman yang bukan kali pertama diterimanya. Namun, Sophia menegaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

“Kita tak boleh elak daripada kecaman orang. Sebagai ‘public figure’, saya tahu ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi. Saya hidup seperti biasa, tapi orang yang memilih untuk bercakap mengenai saya,” tambah Sophia.

Dulu mengaku introvert

Dalam laporan pada Julai 2022, Sophia pernah mengakui bahawa dirinya seorang yang introvert dan pemalu. Menurutnya, bidang seni ini menjadi cara untuk dia mencabar dirinya agar lebih berani berdepan dengan khalayak ramai.

Meski sering terpalit kontroversi, Sophia tetap positif menerima setiap kritikan sebagai sebahagian daripada perjalanan kariernya. Netizen diharapkan terus memberikan sokongan kepada pelakon ini untuk maju dalam industri hiburan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!