Dituduh bunuh Syed Muhammad Danial, bekas pekerja I.T diperintah bela diri | The Reporter

Dituduh bunuh Syed Muhammad Danial, bekas pekerja I.T diperintah bela diri

10 Ogos 2019, seorang pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, dilaporkan meninggal dunia disyaki telah dibunuh oleh bekas pekerja teknologi maklumat, Yew Wei Liang.

Difahamkan Syed Muhammad Danial meninggal dunia akibat dilanggar, selepas terbabit dalam perselisihan faham dengan Wei Ling di mana sebelum itu mereka berdua terbabit dalam kemalangan kecil.

Kes itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Yew Liang bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.

Hari ini, Khamis, 20 Julai 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintah Wei Liang membela diri atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial.

Hakim Julia Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Wei Liang.

Tertuduh didapati belum melunaskan beban pembuktian kerana keterangan menunjukkan provokasi bermula apabila dia menyerang mangsa.

“Mengenai isu mempertahankan diri, tertuduh bertindak melebihi haknya apabila berterusan melanggar mangsa walaupun ancaman telah dipatahkan dan mangsa sedang melarikan diri,” kata hakim.

Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit yang dikemukakan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen pertuduhan secara prima facie terhadap tertuduh.

Tetapi Wei Liang tidak membuat sebarang keputusan dan memohon untuk berbincang bersama peguamnya, Wee Chong Keong, terlebih dahulu.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts