KUALA LUMPUR – Dua pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Setiawangsa, parah dalam pergaduhan yang melibatkan pelajar dari tiga buah sekolah lain di Wangsa Maju, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki motosikal selepas waktu persekolahan telah diserang oleh sekumpulan pelajar, lapor Berita Harian.
Mangsa yang melalui Jalan Wangsa Siaga, terserempak dengan 15 lelaki yang 8 motosikal, dipercayai pelajar dari sebuah sekolah di Lembah Keramat, bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu.
Secara tiba-tiba, kumpulan terbabit mengejar mangsa yang disangkakan musuh dari dua sekolah lain di Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang.
Bagaimanapun, penduduk yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut.
Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampung untuk rawatan. Manakala, 12 pelajar dari kumpulan terbabit berjaya ditahan di tempat kejadian. – PIXEL MEDIA