Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyertaan seorang jurutera kapal berpengalaman, Asmawi Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Chief Awi, dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) berlaku secara mendadak apabila dia telah dipanggil pada saat akhir.
Menurut perkongsian di Facebook Rahmat Sumud Nusantara, panggilan itu dibuat kerana pihak penganjur memerlukan kepakaran teknikalnya yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang enjin dan kapal laut.
“Dia dipanggil betul-betul last minute sebab ada pengalaman enjin dan kapal laut selama dua dekad. Sekarang kapal kami sudah ada dua jurutera atau Ketua Juruteknik untuk mengendalikan sebarang situasi,” katanya.
Chief Awi ditempatkan di kapal Estrella Y Emanuel, iaitu kapal yang diberikan tugasan khas sebagai ‘Sweeper’ iaitu kapal terakhir dalam armada flotilla yang berperanan membantu kapal-kapal lain jika berlaku masalah teknikal atau kecemasan.
Kepentingan kapal itu turut ditekankan sendiri oleh Thiago, Ketua Armada GSF, yang beberapa kali hadir ke kapal berkenaan untuk menyampaikan pesanan kepada kru.
“Thiago sendiri datang berkali-kali ke kapal kami, memberitahu betapa pentingnya Estrella dan dua orang Ketua Juruteknik di atas kapal dan mengatakan ‘kamu adalah benteng terakhir GSF,” ujarnya.
Baca juga:
- Sultan Selangor titah isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru dikendalikan secara teliti
- Dipanggil saat akhir, Chief Awi dari Terengganu sertai misi Global Sumud Flotilla
- Langkawi tak semeriah dulu, pelancong lebih memilih Terengganu dan Hatyai?
GSF bawa mesej keamanan
Global Sumud Flotilla kini dalam misi pelayaran solidariti antarabangsa bagi membawa mesej keamanan dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Peranan teknikal kapal Estrella dianggap sangat kritikal kerana menjadi sandaran terakhir sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau gangguan sepanjang pelayaran armada tersebut.
Chief Awi kongsi pengalaman
Sementara itu, Chief Awi menerusi hantaran di Facebook turut berkongsikan keadaan di sana.
“Hari kedua pelayaran dan sekarang kami sedang menghampiri group flotilla dari Itali. Insya- Allah akan bertemu tidak lama lagi.
“Sedikit info dari bot kami, 12 orang peserta semuanya. Peserta dari Malaysia ada tiga orang termasuk saya, Ustaz Rahmat dan Ustaz Nurhelmi. Bot ni besar sedikit dari bot pukat kilat. (Orang Terengganu tahu lah bot pukat kilat),” katanya.