Dinyanyikan dalam ceria, lagu Lemon Tree sebenarnya luahan sedih kekasih yang meninggal terlanggar pokok lemon | The Reporter

Dinyanyikan dalam ceria, lagu Lemon Tree sebenarnya luahan sedih kekasih yang meninggal terlanggar pokok lemon

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap lagu yang dipersembahkan bukan dicipta sekadar hanya hiburan semata-mata, tetapi ada kisah disebalik penciptaan lagu tersebut. Lagu-lagu pada tahun 90-an kebanyakan dicipta dengan makna yang cukup mendalam.

Bukan hanya lagu-lagu Melayu, lagu-lagu dari negara Barat juga tersimpan satu kisah luahan hati yang diterjemahkan melalui penyampaian sebuah lagu.

Jika dulu kita mendengar lagu Lemon Tree yang dimainkan oleh kumpulan Jerman Fool’s Garden, sangkaan kita pastinya lagu ini lagu berbentuk catchy and sweet bagi pasangan yang bercinta. Dan gaya persembahan yang dimainkan oleh kumpulan ini pula berbentuk santai.

Tetapi, tidak disangka, lagu tulisan dari vokalis utama mereka, Peter Freudenthaler menyatakan dia menulis lagu itu pada petang Ahad ketika sedang menunggu kekasihnya yang tidak kunjung tiba. Gadis itu telah menjanjikannya kenangan indah, tetapi kenangan itu hanya seketika.

https://www.tiktok.com/@raytrokem/video/7236627301511875845?_r=1&_t=8eJ0BZpN2LI

Peter mempunyai hubungan dengan seorang gadis Perancis dan kemudiannya meninggal dunia dalam kemalangan. Dikatakan gadis tersebut telah melanggar pokok lemon.

Melalui lagu tersebut juga, buah lemon diterjemahkan sebagai satu lambang kepahitan, kesedihan yang dialami oleh Peter disebabkan insiden tersebut.

Kejadian tersebut juga telah membuatkan dirinya menderita dan sentiasa merenungi dirinya.

Dia cuba melupakan segala kisah pahit itu, tetapi apa yang dilihat hanya kenangan sedih yang sentiasa menghantui dirinya menyebabkan dia mengalami depresi.

Lagu Lemon Tree telah dilancarkan pada November 1995 dan menjadi hit antarabangsa pada tahun berikutnya dan lagu ini sentiasa segar dan dimainkan hingga ke hari ini

Sumber: TikTok Ray Trokem

Related Posts